Sanchez hidupkan peluang Chile ke Piala Dunia

Oleh Penulis Jemputan 6 Oktober 2017 1155
Sanchez hidupkan peluang Chile ke Piala Dunia
CHILE 2 ECUADOR 1

Alexis Sanchez membantu Chile meningkatkan peluang mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia selepas menewaskan Ecuador 2-1 di Santiago, sebentar tadi.


Sanchez menampan masuk gol kemenangan pada minit ke-85 untuk meraih tiga mata untuk skuad kendalian Juan Antonio Pizzi di Estadio Monumental David Arellano.

Eduardo Vargas membuka jaringan untuk tuan rumah berada dalam landasan melakar kemenangan sebelum pemain yang membuat penampilan sulung bersama Ecuador, Romario Ibarra, meledak gol penyamaan ketika perlawanan berbaki enam minit sebelum tamat.

Bagaimanapun, Chile segera bertindak dan Sanchez enggan mempersia-siakan peluang untuk melakar kemenangan.

Kemenangan Chile ini menyaksikan skuad bimbingan Pizzi naik ke tangga ketiga dengan berbaki satu perlawanan.

Bagaimanapun, tugas berat menanti Chile dalam aksi kelayakan zon Amerika Selatan berdepan Brazil pada Selasa dan mereka akan turun tanpa kelibat Arturo Vidal yang digantung perlawanan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen