Sanchez cipta sejarah buat Chile

Oleh Staff Writer 23 Jun 2017 2070
Sanchez cipta sejarah buat Chile
JERMAN 1 CHILE 1

Juan Antonio Pizzi menyifatkan rekod baru yang dilakar oleh Alexis Sanchez "sangat istimewa" selepas penyerang Arsenal itu mencipta sejarah dalam Piala Konfederasi.


Sanchez membuka jaringan seawal minit keenam ketika berdepan Jerman, dengan penyerang itu mengambil kesempatan ke atas kesilapan pertahanan, Shkodran Mustafi, untuk mengetepikan Marcelo Salas bagi merakamkan jaringan ke-38 buat buat Chile.

Eduardo Vargas memiliki peluang untuk menggandakan jaringan buat skuad kendalian Pizzi tetapi bola sekadar terkena palang gol sebelum Lars Stindl menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

"Sanchez telah menjaringkan gol yang istimewa kerana dia diangkat sebagai penjaring terbanyak untuk Chile," kata Pizzi. 

"Ia merupakan pencapaian yang sangat penting.

"Kedua-dua pasukan telah mempamerkan persembahan yang mantap. Kami telah cuba bersaing dengan Jerman untuk mencari tiga mata penuh.

"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan keputusan seri. Pemain-pemain telah memberikan yang terbaik. 

"Kini, kami perlu berehat dan menilai semula perlawanan tersebut. Kami banyak melakukan percubaan dalam separuh masa pertama. Jerman berjaya membaca pergerakan kami dan tiada ruang untuk kami menambah jaringan dalam perlawanan ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen