DINAMO ZAGREB 0 SEVILLA 1

Ketua jurulatih Sevilla, Jorge Sampaoli, menghamburkan pujian terhadap Samir Nasri selepas pemain itu memainkan peranan hebat untuk pasukannya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara.


Nasri menjaringkan gol tunggal perlawanan -- gol ketiganya sejak dipinjamkan dari Manchester City -- bagi pasukan La Liga itu memungut mata.

Kejayaan itu mencerahkan peluang Sevilla untuk ke peringkat seterusnya jika mereka berjaya mengalahkan Dinamo dalam kunjungan mereka ke Ramon Sanchez Pizjuan pula nanti, dengan Juventus dilihat tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Lyon buat kali kedua dalam kempen musim ini.

"Nasri membuktikan betapa bagusnya dia. Dia berada di tahap terbaiknya dan semakin serasi di dalam pasukan, perlawanan demi perlawanan," kata Sampaoli dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir.

"Kami berhak mendapatkan lebih banyak gol lagi, tapi dalam perlawanan sebegini jika anda tidak berjaya, anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

"Jika kami tidak mantap, sukar untuk kami bersaing dengan pasukan yang lebih bagus. Saya harap dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa."

Sevilla, yang kini menduduki tangga ketiga La Liga, bakal menanti kunjungan Atletico Madrid pada hujung minggu ini.