Salinas: Ronaldo tidak layak menang Ballon d'Or

Oleh Penulis Jemputan 9 Disember 2017 9332
 Salinas: Ronaldo tidak layak menang Ballon d'Or
Pemenang Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo, tidak layak menerima anugerah itu dan bukan antara pemain terbaik dalam sejarah, menurut bekas pemain Barcelona dan Atletico Madrid, Julio Salinas.

Bintang Real Madrid, Ronaldo, menempa sejarah semalam dengan menyamai rekod Lionel Messi yang mempunyai koleksi lima trofi Ballon d'Or apabila mengekalkan anugerah individu paling berprestij bola sepak itu untuk tahun kedua.

Ronaldo merangkul Ballon d'Or untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun sambil pemain berusia 32 tahun itu melabel dirinya sebagai "pemain terbaik dalam sejarah".

Bagaimanapun, bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Salinas, menolak dakwaan Ronaldo itu menerusi media sosial dan dalam masa yang sama, membincangkan kehebatan pemain Barca, Messi.

"Hanya kerana anda sangat bagus, itu tidak bermakna anda adalah yang terbaik kerana anda mempunyai nasib buruk ketika berdepan Messi," tulisnya dalam Twitter.

"Dengan ikhlas, saya tidak fikir anda adalah yang terbaik dalam sejarah di atas pentas itu kerana terdapat beberapa pemain yang akan mengatasi anda.

"Senangkan hati anda dengan anugerah Ballon d'Or itu (sesuatu yang anda tidak patut terima)."

Salinas kemudian mempertahankan pendapatnya dan memuji permainan keseluruhan Messi.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen