Dayot Upamecano akan menyertai Bayern Munich dari RB Leipzig musim depan selepas bersetuju dengan kontrak lima tahun, pengarah sukan juara Jerman itu, Hasan Salihamidzic, mengesahkannya.

Upamecano telah dikaitkan dengna penghijrahan keluar daripada Leipzig selepas mula dikenali sebagai antara pertahanan terbaik di Eropah.

Liverpool, Chelsea dan Bayern telah diperkatakan antara tiga kelab yang memburu khidmatnya.

Ejen Upamecano turut mengesahkan pertahanan itu memiliki klausa perlepasan bernilai EURO42.5 juta, di mana dia hanya menandatanganinya tahun lalu.

Dan ia merupakan nilai yang Bayern bercadang untuk membayar, dengan Salihamidzic mendedahkan perbincangan telah mencapai persetujuan sejak beberapa minggu lalu.

"Kami telah melakukan perbincangan profesional, baik dan intensif dengan Dayot dan penasihatnya, Volker Struth sejak beberapa bulan yang lalu," katanya.

"Kami tahu bahawa kami mempunyai persaingan yang sangat sukar. Upamecano adalah pemain muda, 22, yang kualitinya sudah dikembangkan.

A post shared by Dayot Upamecano_5 (@upamecano_5)



"Saya selalu yakin bahawa kami menghasilkan konsep yang bagus. Kami menunjukkan visi kerjayanya di FC Bayern.

"Selama seminggu di Doha, saya berbicara dengan semua orang yang terlibat lagi. Pada penghujung proses yang panjang, para pemain, keluarga dan pengurusan yakin bahawa FC Bayern adalah pilihan yang tepat."

"Dayot Upamecano akan bermain untuk FC Bayern untuk lima tahun seterusnya."

Perpindahan yang menyaksikan Bayern sekali lagi memperkuatkan diri sendiri manakala melemahkan pesaingan domestik.