Salah berusaha tanpa jemu -- Gervinho

Oleh Staff Writer 23 November 2018 969
Salah berusaha tanpa jemu -- Gervinho
Bintang Liverpool, Mohamed Salah, adalah seorang yang tidak mengenal erti jemu ketika sesi latihan, kata bekas rakan sepasukan di AS Roma, Gervinho.

Musim lalu, Salah mengesahkan statusnya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia apabila menyumbat 32 gol dalam 36 aksi Liga Perdana Inggeris selepas berhijrah daripada Roma ke Liverpool.

Salah muncul tonggak utama buat Roma setelah menamatkan kempen mengecewakan bersama Chelsea menerusi pinjaman ke Fiorentina dan dia membuatkan Gervinho kehilangan tempat sejak bintang Mesir itu tiba menerusi pinjaman.

Dalam tempoh itu, Gervinho hanya menonton Salah beraksi cemerlang dan dia menjelaskan pemain Mesir itu bukan sahaja berusaha untuk bergelar bintang tetapi bekerja keras dan berkorban.

"Salah adalah lelaki yang gigih," kata Gervinho.

"Dia sentiasa tenang dan kuat dengan pemikiran serta berusaha keras.

"Saya tidak akan melupakan sesi latihannya. Sentiasa mempunyai rentak, berusaha keras dan membuatkan anda kagum.

"Salah menghadirkan kesan positif. Dia membuatkan anda ingin bekerja lebih keras. Satu bakat dan pengorbanan."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen