Pertahanan muda sensasi, Wesley Fofana, telah menandantangani kontrak baru selama empat tahun bersama Saint-Etienne.

Semalam, kelab Ligue 1 itu mengumumkan mereka telah bersetuju dengan perjanjian kontrak bersama pemain berusia 19 tahun itu sehingga 2024.

Bagaimanapun, ekoran wabak coronavirus, Saint-Etienne dan Fofana bersetuju untuk mengangguhkan kesan kewangan daripada lanjutan itu, yang ditambah dua tahun daripada perjanjian sedia ada, sehingga keadaan pulih.

"Saya sangat gembira dapat meneruskan cabaran bersama kelab pelatih," kata Fofana.

"Ia satu petanda keyakinan oleh ASSE."

Fofana lahir daripada sistem belia kelab itu dan dikaitkan dengan beberapa kelab seperti AC Milan, Monaco dan Everton.

"Kami sangat gembira untuk melihat Fofana bersama masa depan Saint-Etienne," kata pengurus pasukan, Claude Puel.

"Dia perlu menjadi kunci pasukan. Dia memiliki kesemua kualiti teknikal dan fizikal untuk mencapai objektif.

"Dia juga memiliki potensi tinggi tetapi perlu terus berkembang secara konsisten dan fokus penuh.

"Terpulang kepadanya untuk mencapai tahap seterusnya dan menjadi pemain yang hebat."

Fofana beraksi sebanyak 14 perlawanan liga musim ini selaku melakukan penampilan pertama buat Saint-Etienne pada Mei 2019.