Saingan Serie A perlu dilengkapkan -- Gravina

Oleh Ammar Hakim 13 April 2020 45
Saingan Serie A perlu dilengkapkan -- Gravina
Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina, berkata saingan Serie A musim 2019-20 perlu dilengkapkan ketika wabak Covid-19 sedang melanda dunia.

Saingan domestik Itali ditangguh bulan lalu ekoran penularan wabak COVID-19 dan FIGC menyatakan mereka tidak akan meneruskan saingan sehingga mendapatkan jaminan terhadap kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Kerajaan Itali telah melanjutkan perintah berkurung sehingga 3 Mei, walaupun terdapat laporan di negara itu mencadangkan beberapa kelab bersiap sedia untuk memulakan kembali latihan.

Sesetengah pasukan masih lagi enggan menyaksikan musim ini diteruskan -- di mana menyaksikan juara bertahan, Juventus, mendahului Lazio dengan satu mata selepas 26 mata -- tetapi Gravina berharap musim ini dapat disambung dalam kadar segera.
"Saya mengulangi apa yang ingin dikatakan: Serie A akan bersambung apabila terdapat jaminan terhadap keselamatan dan kesihatan atlet dan mereka yang bertugas bersama kelab," kata Gravina.

"Kami tetap berharap ia dapat diteruskan dengan secepat mungkin dan perlu melengkapkan musim ini -- terdapat implikasi negatif yang perlu dihadapi jika gagal melakukannya."

Coronavirus telah meragut 114,170 nyawa di seluruh dunia, dengan lebih 1,851,400 kes disahkan positif.

Itali -– yang kekal masih lagi dalam perintah berkurung -- telah merekodkan 19,890 kematian dan lebih daripada 156,360 kes.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen