Sagna harap kecederaan hamstring tidak serius

Oleh Staff Writer 8 Oktober 2016 1
Sagna harap kecederaan hamstring tidak serius
Pemain pertahanan Perancis, Bacary Sagna, berharap kecederaan hamstring yang dialaminya dalam perlawanan menentang Bulgaria, tidak serius.

Sagna, 33, dijangka kembali ke Manchester hari ini dan tempatnya bakal digantikan oleh pemain Lille, Sebastien Corchia.

Pertahanan Manchester City itu yang dibawa keluar pada minit ke-27, berharap dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Sebelum penalti, saya terlalu memaksa diri sehingga ia memberikan kesan kepada otot hamstring saya," kata Sagna semalam. "Saya akan menjalani pemeriksaan esok.

"Saya tidak tahu jika ia adalah serius."

Sagna telah menghadiahkan pasukan lawan sepakan penalti dalam perlawanan yang berlangsung di Paris semalam, dengan Mihail Aleksandrov meletakkan Bulgaria di hadapan.

Tetapi dua gol daripada Kevin Gameiro serta masing-masing satu oleh Antoine Griezmann serta Dimitri Payet, menyaksikan Perancis memperolehi kemenangan 4-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia itu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen