Safawi menang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL

Oleh Muzaffar Musa 11 September 2020 6956
Safawi menang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL
Bintang Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Safawi Rasid, memenangi Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), demikian disahkan dalam laman web rasmi badan induk bola sepak Asia itu hari ini.

Safawi memenangi anugerah itu hasil undian terbuka peminat bola sepak Asia yang berlangsung selama tiga minggu bagi meraikan jaringan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) sejak 10 tahun lalu.

Beratus ribu undian dikumpulkan peminat seluruh Asia sejak senarai 20 finalis itu dikeluarkan.

 

Daripada senarai 20 finalis itu, jaringan Safawi ketika menentang Shandong Luneng mendapat undian tertinggi.

Penyerang itu melakukan sepakan lencong yang menewaskan penjaga gol, Wu Xinghan, untuk memberikan pendatang baru, JDT, satu momen yang akan diingati dalam penampilan pertama mereka pada 2019 biarpun tewas 1-2 dalam perlawanan itu.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen