Rummenigge percaya Schalke mampu juarai liga jika...

Oleh Ammar Hakim 6 Julai 2020 224
Rummenigge percaya Schalke mampu juarai liga jika...
Karl-Heinz Rummenigge percaya Schalke boleh menjadi juara Bundesliga dalam beberapa tahun akan datang sekiranya mereka tidak kehilangan begitu banyak pemain muda berbakat.

Selepas babak pertama musim 2019-20 yang memberangsangkan, Schalke mengalami keputusan yang buruk sebelum kempen dihentikan ekoran wabak koronavirus, gagal memenangi mana-mana 16 perlawanan terakhir dan kini menghuni tangga ke-12.

Terdapat juga masalah lain yang melibatkan pengerusi kelab, Clemens Tonnies, mengundurkan diri setelah tunjuk perasaan oleh peminat, sementara pengarah pemasaran Alexander Jobst telah mengesahkan bahawa perlu ada pemotongan ekoran situasi kewangan yang dihadapi kelab.

Namun keadaan mereka mungkin berbeza sekiranya mereka dapat mempertahankan beberapa bintang mereka yang sedang meningkat naik, menurut ketua eksekutif Bayern Munich, Rummenigge.

Di antara mereka telah berhijrah seperti penjaga gol, Manuel Neuer dan Leon Goretzka, yang kedua-duanya pergi ke Bayern. Duo ini akan digandingkan di Allianz Arena dengan dua lagi bakat yang dikembangkan oleh Schalke bermula musim hadapan -- penjaga gol Alexander Nubel dan Leroy Sane, yang terakhir minggu ini mengesahkan pertukarannya dari Manchester City.

"Schalke mungkin menjadi juara Jerman jika mereka dapat mengekalkan bakat muda mereka," kata Rummenigge kepada Sport1.

"Akademi mereka merupakan salah satu yang terbaik di seluruh Jerman.

"Faktanya ialah mereka selalu menjual pemain yang boleh menjadi tunjang pasukan, seperti Leroy Sane ke Manchester City pada tahun 2016, bagi memenuhi keperluan kewangan mereka."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen