Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, optimis pemain sayap, Arjen Robben, akan menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.

Pemain berusia 32 tahun itu masih belum menurunkan tandatangannya meskipun kontraknya akan berakhir hujung musim ini.

Namun, Rummenigge berkata: "Saya rasa semuanya akan selesai pada bulan Januari depan.

"Kami sangat optimis dengan senario ini kerana kami tahu kedua-dua belah pihak mahukan perkara yang sama."

Pemain antarabangsa Belanda itu telah meledak lima gol daripada 10 penampilan dalam Bundesliga musim ini.

Robben telah berada di Allianz Arena untuk tempoh tujuh tahun selepas berhijrah dari Real Madrid pada tahun 2009.