Rumah kena pecah masuk, keluarga keutamaan Ribery

Oleh Ammar Hakim 7 Julai 2020 256
Rumah kena pecah masuk, keluarga keutamaan Ribery
Franck Ribery memberikan bayangan bahawa dia akan menilai masa depannya di Itali setelah kediamannya di Florence dipecah masuk.

Ribery membuat penampilan Serie A ke-15 untuk Fiorentina Ahad lalu, dengan pemain berusia 37 tahun itu membantu pasukannya untuk menang 2-1.

Namun, ketika Ribery beraksi bersama pasukan, kediamannya di Florence dipecah masuk, dengan pencuri dilaporkan mencuri pelbagai barang kemas, beg dan merosakan banyak kelengkapan di rumahnya.

Keluarga pemain sayap itu berada di Munich ketika itu, dengan Ribery merakam video yang menunjukkan kerosakan ketika dia pulang, yang dia memuatkannya di media sosial.
 
Menerusi akaun Twitternya, Ribery menjelaskan keluarga adalah keutamaannya, mencadangkan dia akan membuat keputusan yang tepat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

"Ini yang saya temui. Isteri saya kehilangan beberapa beg, barang kemas, tetapi syukur tiada apa yang penting. Apa yang mengejutkan saya adalah perasaan seperti sedang berbogel," kata Ribery.

"Perasaannya seperti seluar yang ditanggalkan. Sesuatu yang tidak boleh diterima. Syukur kepada tuhan isteri dan anak-anak saya selamat di Munich, tetapi bagaimana kami mahu mempercayai situasi di sini hari ini?

"Bagaimana kami mahu berasa baik selepas apa yang berlaku.

"Keluarga keutamaan saya. Sebarang keputusan yang diambil akan sangat penting dan perlu dilakukan."





Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen