Reinaldo Rueda berharap Alexis Sanchez mampu membantu Chile mencari semula sentuhan penyudah walaupun mengharungi tempoh mengecewakan bersama Manchester United.

Sanchez dijangka menjadi tonggak utama United musim ini selepas tidak terlibat dalam saingan antarabangsa sejak Mac lalu apabila gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.

Bagaimanapun, bekas penyerang Arsenal dan Barcelona itu sekadar menjaringkan satu gol dalam tujuh penampilan untuk skuad bimbingan Jose Mourinho itu.

Sanchez tidak beraksi ketika tewas 3-0 kepada Peru dan bakal berdepan Mexico hari ini dan Rueda berharap dia dapat memberikan impak untuk pasukan.

"Saya telah berbincang dengan Sanchez. Apa yang diperlukan pasukan adalah harapan dengan kebolehannya menjaringkan gol," kata Rueda.

"Kami berharap dia dapat membantu rakan sepasukan yang lain turut menjaringkan gol

"Sanchez merupakan penanda aras, seorang pemain elit dan sentiasa menikmati saat beraksi bersama Chile."