Sandro Rosell mendakwa dia tidak akan dimasukkan ke penjara atas kesalahan penggubahan wang haram, di mana dia dibebaskan selepas itu, jika dirinya tidak menjadi Presiden Barcelona.

Rosell -- yang menjawat jawatan Presiden Barca dari Julai 2010 sehingga Januari 2014 -- ditangkap pada Mei 2017 dan dipenjarakan 20 bulan selepas dituduh bersama lima lagi individu atas kesalahan penggubahan yuran hak audio visual untuk 24 perlawanan Brazil serta tajaan daripada Nike.

Selepas dilepaskan secara bersyarat pada Februari 2019, dia dibebaskan dua bulan kemudian oleh Mahkamah Tertinggi Sepanyol setelah berdepan hukuman penjara enam tahun tetapi gagal didapati bersalah.

Rosell meletakkan jawatan bersama Barca selepas siasatan dijalankan mengenai perpindahan Neymar daripada Santos.

Dalam temubual pertamanya sejak dibebaskan, individu berusia 56 tahun itu mendakwa dia hanya menjadi sasaran kerana jawatan bersama kelab gergasi Catalan itu.

"Jika saya tidak menjadi Presiden Barca, saya tidak akan ke penjara. Saya yakin dengannya," katanya.

"Saya tidak fikir sesiapa sahaja akan disoal siasat atas urusan perniagaan atau setiap pergerakan dipantau. Begitu juga dengan dakwaan keras yang sedang saya hadapi.

"Terdapat 27 pemeriksaan daripada pejabat cukai selepas saya dipilih selaku Presiden Barca. Sebelum itu, tiada langsung. Adakah ia satu kebetulan?"