Ronaldo tidak takut kepada PSG

Oleh Penulis Jemputan 17 November 2017 6622
Ronaldo tidak takut kepada PSG
Cristiano Ronaldo menegaskan dia dan juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL), Real Madrid, tidak tercabar dengan kualiti yang dimiliki Paris Saint-Germain (PSG).

Selepas tewas mengejut kepada Tottenahm awal bulan lalu, Real berdepan kebarangkalian untuk mengakhiri saingan di tangga kedua Kumpulan H, yang meletakkan juara bertahan itu bakal bertemu kelab-kelab gergasi Eropah.

PSG telah layak ke pusingan seterusnya dengan berbaki dua perlawanan peringkat kumpulan tetapi ia tidak menggusarkan Ronaldo.

"Saya tidak takut kepada PSG," kata Ronaldo.

"Kami adalah juara bertahan, dua tahun berturut-turut.

"Real akan berusaha mengakhiri saingan di tangga teratas kumpulan tetapi perkara yang paling penting adalah kami mara ke pusingan seterusnya," katanya.

Ronaldo terpaksa melalui saat sukar sejak permulaan musim ini.

Selepas menjuarai LaLiga dan UCL musim lalu, Real kini menduduki tangga ketiga di Sepanyol serta ketinggalan lapan mata kepada Barcelona.

Ronaldo hanya menjaringkan gol sekali dalam saingan LaLiga manakala enam gol dalam empat penampilan UCL.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen