Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, menyedari kepentingan untuk memastikan Cristiano Ronaldo kekal cergas dan penyerang itu mengetahui bila dia perlu direhatkan.

Pemain kelahiran Portugal itu meledak pada penghujung permainan ketika Juve menang 3-0 ke atas Sampdoria di Stadium Allianz sekaligus menyaksikan aksi pertama kendalian Pirlo berakhir dengan kemenangan.

Dia pada awal telah menggegar palang gol dan hampir memecah kebuntuan dalam beberapa situasi sebelum menoktahkan kemenangan pasukan mengatasi Emil Audero pada minit ke-88.

Dan pemenang Ballon d'Or lima kali itu sebelum ini mengalami kecederaan jari kaki ketika aksi perlawanan antarabangsa, Pirlo mahu memastikan dia mengetahui status kecergasan bintang itu.

"Kami sedang memikirkan mengenai perkara itu dan telah banyak berbincang bersama," katanya kepada Sky Sport Italia. "Dia tidak kepenatan kerana kami baru sahaja memulakan musim ini. Tetapi apabila kami berdepan perlawanan yang kurang penting, kami akan cuba merehatkan Ronaldo.

"Dia seorang pemain yang bijak dan mengetahui kemampuan fizikalnya. Jadi dia mengetahui apabila tiba masa untuk berehat atau memberikan yang terbaik. Segalanya bergantung kepada dirinya untuk beraksi atau sebaliknya."