Pengadil perlawanan, Bjorn Kuipers, mendakwa Cristiano Ronaldo bukanlah jenis pemain yang gemar membuat konfrontasi dengan pengadil dan memuji karektor yang dimiliki pemain itu.

Kuipers telah mengadili beberapa perlawanan besar dalam kariernya, termasuk final Piala Europa pada tahun 2013 di antara Chelsea dan Benfica sebelum mengadili final Liga Juara-Juara Eropah di antara Real Madrid dan Atletico setahun kemudian.

Perlawanan yang berlangsung di Lisbon itu membawa impak paling ketara di antara Kuipers dan Ronaldo.

"Kamu tahu bahawa dia seorang pemenang," Kuipers memberitahu Pauw.

"Kamu juga sedar bahawa dia sentiasa bertekad untuk menjaringkan gol, ada sahaja perkara yang bakal dia lakukan sebaik mendapat bola.

"Tetapi dia bukan jenis yang gemar mencabar pengadil, saya sudah beberapa kali menjadi pengadil perlawanan yang melibatkan Real Madrid.

"Ronaldo cuma seorang pemain yang cukup mengagumkan."