Ronaldo mencipta sejarah baru bersama Juventus selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 pasukan itu ke atas Fiorentina dalam Serie A, awal pagi tadi.

Jaringan penalti pada lewat permainan itu menyaksikan dia membantu juara bertahan itu memburu satu lagi kejuaraan Scudetto musim ini.

Jaringan tersebut turut meletakkan bekas pemain Real Madrid itu sebagai pemain pertama menjaringkan 10 gol daripada 14 penampilan pertama Serie A sejak John Charles melakukannya pada 1957-58.

Rodrigo Bentancur dan Giorgio Chiellini turut menjaringkan gol dalam kemenangan itu yang kini meletakkan Juve berkelebihan 11 mata di puncak Serie A.