Ronaldo raih Anugerah Ballon d'Or buat kali keempat

Oleh Iain Strachan 12 Disember 2016 2
Ronaldo raih Anugerah Ballon d'Or buat kali keempat

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or 2016 buat kali keempat sepanjang kariernya.

Majalah France Football memilih pemain berusia 31 tahun itu sebagai pemenang awal pagi tadi, mengetepikan pesaing terdekat, Lionel Messi dari Barcelona.

Musim yang gemilang buat Ronaldo bermula dengan kejayaan bersama Los Blancos menjulang Liga Juara-Juara (UCL) buat kali kedua serta menamatkan kemarau kejuaraan di pentas antarabangsa bersama Portugal, ketika menjuarai Euro 2016.

Bekas pemain Sporting CP itu memenangi Ballon d'Or buat pertama kali ketika bersama Manchester United pada 2008, sebelum meraih gelaran itu dua kali ketika bersama Real pada tahun 2013 dan 2014.

Bagaimanapun, Ronaldo masih lagi mengekori Messi yang telah memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali.

Tentang Penulis

Iain Strachan

Komen