Ronaldo perlu dapatkan semula kehebatannya -- Sarri

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2019 50
Ronaldo perlu dapatkan semula kehebatannya -- Sarri
Langkah seterusnya buat Cristiano Ronaldo adalah mendapatkan semula sentuhan pemusnah setelah dia membuktikan telah meningkat secara fizikal sewaktu Juventus seri 2-2 dengan Sassuolo, kata pengurus, Maurizio Sarri.

Ronaldo bergelut dengan masalah lutut di mana dia terlepas pertemuan dengan Atalanta dan Atletio Madrid dalam saingan liga.

Dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 untuk mengutip mata ketika berdepan Sassuolo dan Sarri gembira dengan apa yang dilihatnya.

"Ia adalah perasaan di mana dia telah kembali menemui kekuatan," kata pengurus itu.

"Langkah seterusnya adalah mendapatkan semula kehebatan."

Hasil langkah memasukkan Ronaldo, Juve dilihat berpeluang untuk menebus kehampaan tatkala jaringan pembukaan Leonardo Bonucci dipadamkan oleh Jeremie Boga dan Francesco Caputo.

Kesilapan Matthijs de Ligt ketika melakukan hantaran membuka ruang buat lawan sambil penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon, terpaksa tampil dengan prestasi terbaik.

"Terdapat banyak kesilapan, daripada hantaran yang tidak kemas sehingga mengenai pemain Sassuolo," ujar Sarri.

"Jika anda tidak memberi fokus penuh, malapetaka boleh berlaku."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen