Ronaldo miliki persamaan dengan Michael Jordan -- Lingard

Oleh Ammar Hakim 29 Julai 2020 217
Ronaldo miliki persamaan dengan Michael Jordan -- Lingard
Cristiano Ronaldo memiliki persamaan dengan legenda bola keranjang, Michael Jordan, menurut pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard.

Ikon NBA, Jordan, meraih enam kejuaraan ketika mewakili Chicago Bulls dalam era 1990an dan diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak lima kali.

Berdasarkan perbandingan, pemenang Ballon d'Or lima kali, Ronaldo telah meraih tujuh trofi liga dalam tiga negara berbeza, paling terbaru adalah membantu Juventus mempertahankan Scudetto.

Bagi Lingard, yang merupakan sebahagian daripada akademi United ketika Ronaldo mewakili Old Trafford, percaya pemain kebangsaan Portugal itu boleh disamakan dengan Jordan.

"Saya perlu memilih Cristiano Ronaldo," ditanya oleh Sky Sports apabila diminta untuk memilih pemain yang memiliki persamaan dengan Jordan.

"Segala apa yang dicapai dalam kariernya, dia telah bersama beberapa kelab dan memenangi banyak gelaran. Saya percaya dialah ikon bola sepak sebenar, Michael Jordan dalam sukan bola sepak."
   Lingard tidak pernah beraksi bersama Ronaldo dalam perlawanan kompetitif tetapi terpaksa berdepannya ketika United meraih kemenangan 2-1 ke atas Juve dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.

"Ketika dia pertama kali tiba di Manchester United, saya hanya berusia 11 atau 12 tahun. Kami membuat video mempamerkan kemahiran dan Ronaldo memberikan ilmu kepada kami.

"Ia merupakan kali pertama saya bertemu Ronaldo. Dia sangat muda dan bersusuk tubuh kecil ketika bersama kelab."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen