Ronaldo menakjubkan, kata Zidane

Oleh Penulis Jemputan 24 Oktober 2017 1788
Ronaldo menakjubkan, kata Zidane
Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, memuji Cristiano Ronaldo sambil melabelkan bintang itu sebagai "menakjubkan" selepas meraih Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di London, awal pagi tadi.

Ronaldo menewaskan bintang Barcelona, ‚Äč‚ÄčLionel Messi, buat tahun kedua berturut-turut setelah membantu Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Zidane, yang dinobatkan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA, memuji pemain berusia 32 tahun itu di atas pencapaiannya.

"Apa yang boleh saya katakan tentang dia? Dia pemain terbaik dan apa yang dilakukannya mengagumkan," kata jurulatih dari Perancis itu.

"Dia sentiasa berusaha untuk memenangi gelaran, bekerja keras seperti yang dia katakan. Jadi, kami sangat gembira dengannya."

Zidane turut bercakap mengenai Madrid, yang memastikan empat trofi pada 2016-17, termasuk Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

"Paling penting adalah mempunyai semangat dan suka dengan apa yang anda lakukan," katanya.

"Kemudian anda memberikan yang terbaik dan lebih mudah apabila anda berada di kelab terbaik di dunia."

Madrid berada lima mata di belakang Barca dalam LaLiga musim ini dan akan kembali beraksi menentang Fuenlabrada dalam Copa del Rey, awal pagi Jumaat ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen