ANDORRA 0 PORTUGAL 2

Pengendali pasukan, Fernando Santos, mendedahkan bahawa penyerang, Cristiano Ronaldo, tidak dapat berlatih sepenuhnya bersama skuad Portugal bagi menghadapi aksi bertemu Andorra.


Selepas seri tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan, juara Eropah itu beraksi tanpa kelibat kapten pasukan, Ronaldo, yang hadir ke dalam perlawanan tersebut dan membuktikan kebolehannya.

Ronaldo meledak gol ke-15 dalam saingan kelayakan, kemudian melakukan hantaran silang untuk disempurnakan oleh Andre Silva pada penghujung permainan bagi meraih tiga mata.

Portugal seterusnya akan menerima kunjungan Switzerland di Lisbon bagi merebut tempat pertama dalam Kumpulan B, sekaligus mara secara automatik ke Piala Dunia.

"Saya mengetahui bahawa Ronaldo tidak dapat berlatih 100 peratus ketika kami membuat persiapan untuk perlawanan ini," katanya.

"Kehadirannya sebagai pemain gantian sangat berharga untuk kami, dia merupakan pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan."

Penjaga gol Andorra, Josep Gomes, tidak diuji oleh barisan pemain Portugal sehingga Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-63, dengan Santos menyalahkan permukaan padang sintetik Andorra mengganggu kelancaran taktikalnya.

"Kami mengetahui ia perlawanan yang sukar dan pemain-pemain telah bergelut untuk menyesuaikan diri dengan permukaan padang. Bagaimanapun, kami kekurangan momentum untuk menghadapi perlawanan ini.

"Saya terpaksa menurunkan Ronaldo, seorang lagi penyerang dan ia telah berhasil.

"Kami berjaya tidak dibolosi sebarang gol, dilayangkan kad, serta mengelak daripada sebarang kecederaan. Kami akan terus berusaha dalam perlawanan bertemu Switzerland," tambahnya.