Cristiano Ronaldo menyasarkan untuk "menawan Itali, Eropah dan dunia" bersama Juventus bagi musim 2020-21.

Juve menghadapi kempen yang kurang memberangsangkan bagi musim 2019-20 di mana walaupun mereka mempertahankan gelaran Serie A, mereka gagal memenangi Coppa Italia dan disingkirkan dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kekalahan di tangan Lyon di peringkat Eropah awal bulan ini menyaksikan Maurizio Sarri kehilangan jawatannya selaku ketua jurulatih dan Andrea Pirlo dilantik sebagai penggantinya.

Ronaldo menjaringkan 37 gol dalam kesemua kejohanan sepanjang musim keduanya bersama skuad Bianconeri itu dan dia telah menetapkan sasaran peribadi bagi kempen berikutnya.

"Ketika saya sedang bersedia untuk menghadapi musim ketiga saya sebagai seorang bianconero, semangat dan cita-cita saya tetap tinggi seperti biasa," tulisnya dalam Instagram.

"Jaringan. Kemenangan. Komitmen. Dedikasi. Profesionalisme. Dengan semua daya dan dengan bantuan berharga daripada rakan sepasukan saya dan kesemua staf Juventus, kami akan berusaha sekali lagi untuk menawan Itali, Eropah dan dunia!

As I’m getting ready for my third season as a bianconero, my spirit and ambition are as high as ever. Goals. Victories. Commitment. Dedication. Professionalism. With all my strenght and with the precious help from my teammates and all of the Juventus staff, we work once again to conquer Italy, Europe and the World! Breaking records. Overcoming obstacles. Winning titles and achieving personal goals. To do more and better once and again. To reach higher and to succeed in all challenges that may come our way. Making every year into an adventure better than the one before and winning everything for our fans and supporters. To be the bearers of this amazing and unique passion that is Juventus, and to live up to it’s history, elevating our name, our values and our standards as high as possible. We are Juventus! We are the Champions! We are back and stronger than ever! We are counting on you! All together! Fino Alla Fine! ??

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on


"Memecahkan rekod. Menghadapi halangan. Memenangi gelaran dan mencapai sasaran peribadi. Untuk sekali lagi melakukan dengan lebih baik. Untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi dalam kesemua cabaran yang mungkin datang.

"Menjadikan setiap tahun sebagai satu pengembaraan yang lebih baik daripada yang sebelumnya dan memenangi segala-galanya untuk peminat dan penyokong.

"Untuk menjadi pembawa kepada semangat yang luar biasa dan unik ini, iaitu Juventus dan untuk meneruskan sejarahnya, mengangkat nama, nilai dan standard kami setinggi yang mungkin," katanya.

Ronaldo menamatkan mesejnya dengan satu seruan buat penyokong pasukan itu.

Dia menulis: "Kita adalah Juventus! Kita adalah juara! Kita akan kembali dengan lebih kuat daripada sebelum ini! Kami mengharapkan anda! Kita semua bersama-sama! Fino Alla Fine!"

Kempen baru Serie A akan bermula pada 19 September ini.