Tidak syak lagi, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, layak memenangi anugerah Ballon d'Or, kata bekas pemain pertahanan, Fabio Cannavaro.

Ronaldo menjadi pilihan utama untuk menjulang anugerah itu selepas membawa Real Madrid meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu di samping turut menjuarai Euro 2016 bersama Portugal.

Pemain berusia 31 tahun itu -- dua kali pemenang anugerah Ballon d'Or -- menjaringkan 51 gol dalam kesemua pertandingan musim lalu di samping menyumbang tiga gol di Perancis.

"Cristiano Ronaldo layak muncul pemenang Ballon d'Or, tidak syak lagi," kata Cannvaro.

"Walaupun gagal mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan sebelum ini, kita perlu ingat apakah pencapaiannya setakat ini.

"Carlo Ancelotti pernah berkata kehadiran Ronaldo seolah-olah membuat pasukan itu sedang mendahului perlawanan 1-0."