Ronaldo lakar sejarah baru UCL 

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2017 5125
 Ronaldo lakar sejarah baru UCL 
REAL MADRID 3 DORTMUND 2 

Cristiano Ronaldo menempa satu lagi sejarah dalam Liga Juara-Juara (UCL) dengan jaringan yang dilakarnya untuk Real Madrid ketika membenam Borussia Dortmund 3-2, awal pagi tadi. 


Dalam pertembungan di Santiago Bernabeu itu, tuan rumah mendahului selesa 2-0 sebelum membenarkan jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada penghujung babak pertama dan tiga minit selepas permainan berehat untuk mengimbangi perlawanan. 

Justeru, Madrid memerlukan Lucas Vazquez untuk mengesahkan tiga mata ketika permainan menuju sembilan minit terakhir.

Bintang Portugis itu muncul pemain tunggal yang berhasil menyumbat gol dalam enam perlawanan di peringkat kumpulan -- jumlah keseluruhannya sembilan gol sepanjang kempen ini termasuk gol yang dilencongkannya untuk melebarkan kedudukan kepada 2-0.

Pemain berusia 32 tahun itu kini telah menjaringkan 114 gol dalam saingan Eropah untuk terus menjadi penjaring terbanyak di pentas itu. 

Keputusan itu menghumban Dortmund ke saingan Liga Europa selepas menamatkan saingan Kumpulan H itu di belakang Tottenham dan Madrid. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen