Ronaldo: Kemenangan Ballon d'Or ditenggelami isu cukai

Oleh Staff Writer 13 Disember 2016 9
Ronaldo: Kemenangan Ballon d'Or ditenggelami isu cukai
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, berkata rasa terpesonanya memenangi Ballon d'Or telah dirosakkan oleh dakwaan dia terbabit dalam penipuan cukai.

Berbanding sepatutnya berada di puncak kegembiraan dalam meraih Ballon d'Or buat kali keempat, Ronaldo mengeluh terhadap tuduhan lari daripada cukai dalam LaLiga yang benar-benar memberi tekanan terhadap kapten Portugal itu.

Gestifute, syarikat yang dikendalikan oleh ejen Ronaldo, Jorge Mendes, menafikan sekeras-kerasnya sebarang salah laku sambil bertegas bahawa pemain berusia 31 tahun itu telah mematuhi segala tuntutan berkaitan cukai sambil Madrid memberi sokongan penuh terhadap penjaring terbanyaknya itu.

Dan Ronaldo telah meluahkan rasa tidak senangnya terhadap tuduhan berkenaan sambil dia mempertahankan dia tidak bersalah dan yakin perkara sebenar akan terserlah juga.

“Sudah tentu ia merosakkan kegembiraan saya (memenangi Ballon d'Or), saya berbohong jika mengatakan tidak,” katanya kepada France Football dalam satu temubual.

"Saya bukan seorang hipokrit, ia tidak memberikan kebaikan kepada saya. Seluruh prosesnya adalah sukar bukan saja buat saya tapi juga semua orang yang bersama saya: keluarga saya, anak lelaki saya, semua orang yang bekerja dengan saya.

"Anak lelaki saya pergi ke sekolah dan sudah memahami pelbagai perkara. ‘Cuba melakukan sesuatu dengan baik, untuk menjadi telus, saya tidak punya sebarang sebab untuk berbohong’.

“Apabila anda bercakap mengenai kehidupan peribadi saya, kawan-kawan saya, tempat-tempat saya pergi bercuti, hakikat saya punya teman wanita atau tidak, itu adalah perkara biasa.

“Tapi apabila ia membabitkan perkara serius seperti ini, seseorang berhak mendapat keadilan… saya punya peguam-peguam saya, kelab saya, mereka yang bekerja untuk saya… ia melukakan hati saya kerana kami cuba melakukan perkara-perkara dengan baik.

“Apabila mereka bercakap mengenai saya, dan cara mereka melakukannya, saya tidak berasa sedap hati. Ada ramai orang yang tidak bersalah di dalam penjara dan saya berasa seperti itu.

“Anda tahu anda tidak melakukan apa-apa kesalahan dan mereka memberitahu anda yang anda melakukan sesuatu yang patut dicela. Ia tidak boleh menggembirakan sesiapa.

“Namun, lambat-laun perkara sebenar akan terserlah jua!”

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen