Ronaldo: Kejayaan Scudetto ini khas buat penyokong

Oleh Shaiful Shamsudin 27 Julai 2020 314
Ronaldo: Kejayaan Scudetto ini khas buat penyokong
JUVENTUS 2 SAMPDORIA 0

Cristiano Ronaldo menujukan gelaran Serie A kesembilan berturut-turut Juventus khas  buat peminat kelab itu.


Ronaldo sekali lagi mencetak gol tetapi gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum Federico Bernardeschi menyumbat jaringan kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria  yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, awal pagi tadi, untuk meneruskan penguasaan Juve di Itali.

Gergasi Serie A itu memuktamadkan gelaran itu dengan baki dua perlawanan lagi sejurus mereka kembali menyambung aksi bulan lalu berikutan penularan wabak COVID-19. 

Ronaldo, yang merekodkan 35 gol musim ini, gembira dan memberi penghormatan kejayaan itu kepada peminat Juventus.

"Selesai! Juara Itali," tulisnya di Instagram.

"Gembira untuk kejuaraan kedua berturut-turut dan terus membina sejarah kelab yang hebat dan menakjubkan ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ecco fatto! Campioni d’Italia 🥇🇮🇹💪🏼 Felicissimo per il secondo scudetto consecutivo e per continuare a costruire la storia di questo grande e splendido club. Questo titolo è dedicato a tutti i tifosi della Juve, in particolare a coloro che hanno sofferto e soffrono per la pandemia che ci ha colti tutti di sorpresa rovesciando il mondo. Non è stato facile! Il vostro coraggio, la vostra attitudine e la vostra determinazione sono state la forza di cui avevamo bisogno per affrontare questa stretta finale del campionato e lottare fino alla fine per questo titolo che appartiene a tutta l’Italia. Un grande abbraccio 👊🏼👏🏼a voi tutti! #stron9er #finoallafine

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on



"Gelaran ini didedikasikan untuk semua peminat Juve, khususnya bagi mereka yang telah menderita dan dilanda wabak yang membuat kita semua terkejut dengan senario dunia.

"Ia bukan mudah! Keberanian, sikap dan kesungguhan anda adalah kekuatan yang kami perlukan untuk menghadapi saingan peringkat akhir kejohanan yang sengit ini dan berjuang hingga ke akhirnya untuk merebut gelaran ini yang menjadi milik seluruh Itali. Pelukan buat anda semua! # stron9er #finoallafine. "

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen