Ronaldo jadi inspirasi Haaland

Oleh Muzaffar Musa 1 Mei 2020 104
Ronaldo jadi inspirasi Haaland
Sensasi Borussia Dormund, Erling Haaland, berkata bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, merupakan satu inspirasi.

Haaland memaparkan sesuatu yang luar biasa sepanjang musim 2019-20 dengan aksi hebatnya turut mendapat perhatian pasukan gergasi LaLiga, Real Madrid.

Penyerang berusia 19 tahun itu menjaringkan 28 gol dalam kesemua kejohanan buat Salzburg sebelum menyertai Dortmund pada Januari lalu, di mana dia menjaringkan 12 gol daripada 11 penampilan sebelum liga dihentikan berikutan pandemik Covid-19.

Dan Haaland berkata pemenang Anugerah Ballon d'Or lima kali, Ronaldo, telah menjadi susuk yang memberikan inspirasi.

"Anda dapat melihatnya di wajah Ronaldo bahawa 'Hari ini sayalah orangnya' dan 'Hari ini saya akan menjaringkan gol' dan itulah yang saya lakukan," katanya kepada ESPN bahawa dia membesar dengan menyaksikan Ronaldo.

"Itulah yang saya gemari daripada yang terbaik, betapa berdedikasi dan bernafsunya mereka untuk berjaya dan menjadi pemain terbaik dalam kejohanan."
 

Mengenai permulaan hebatnya sejak menyarung jersi Dortmund, Haaland menambah: "Ia merupakan permulaan yang cukup bagus dan sejak daripada peampilan pertama, saya memang menikmatinya dan banyak tersenyum dan perkara-perkara seperti ini merupakan perkara terpenting dalam hidup saya.

"Jadi, benar, itulah yang saya cuba lakukan.

"Saya fikir saya semakin meningkat setiap hari dan hari ini, saya bermain dengan rakan sepasukan yang lebih baik berbanding di Salzburg -- saya amat menghormati Salzburg -- tetapi mereka dapat menemui saya dalam situasi yang lebih baik, jadi ia amat bagus.

"Ia beberapa bulan awal yang amat bagus," katanya lagi.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen