Ronaldo dan Messi dari planet lain -- Boateng

Oleh Staff Writer 14 Oktober 2016 2
 Ronaldo dan Messi dari planet lain -- Boateng

Pemain Bayern Munich, Jerome Boateng, berpendapat pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi datang dari planet lain dan percaya tiada pemain lain yang akan merangkul anugerah Ballon d'Or selain dua pemain itu.

Boateng menempuh musim mantap tahun lalu dan kini telah menyerlahkan dirinya selaku pertahanan terbaik dunia, namun dia mengakui dirinya serta pemain lain tidak berpeluang menggondol anugerah berprestij itu.

"Sudah 10 tahun berlalu sejak Fabio Cannavaro, seorang pemain pertahanan meraih anugerah itu.

"Bukan mudah untuk melakukannya. Kamu perlu menjuarai Piala Dunia, membarisi kesebelasan terbaik kejohanan dan menjaringkan beberapa gol penting," Boateng memberitahu Sport Bild.

"Tambahan pula, dengan adanya pemain sepeti Ronaldo dan Messi, sukar untuk membayangkan pemain lain merangkul anugerah tersebut. Tidak kira kamu pemain pertahanan atau penyerang, mereka berdua ini bintang bola sepak.

"Di kem Jerman, kami memiliki bintang seperti Manuel Neuer, Thomas Muller, Toni Kroos dan Mesut Ozil tetapi percayalah tiada sesiapa yang akan marah apabila saya mengatakan kami tidak memiliki pemain seperti Ronaldo dan Messi. Mereka berdua berada di tahap berbeza.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen