Ronaldo boleh ledak gol pada bila-bila masa -- Bruno Fernandes

Oleh Ammar Hakim 9 September 2020 1901
Ronaldo boleh ledak gol pada bila-bila masa -- Bruno Fernandes
Pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes memuji rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo, selepas meledak jaringan ke-100 dan 101di pentas antarabangsa ketika membantu pasukan mengatasi Sweden 2-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.

Ronaldo memasuki aksi Liga Negara-Negara UEFA dengan meletakkan sasaran untuk melengkapkan satu lagi penanda aras baru bersama Portugal dan kapten pasukan itu berjaya meledak gol yang ke-100 sebelum tamat separuh masa pertama di Stockholm, awal pagi tadi.

Gustav Svensson diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran, membenarkan Ronaldo meledak jaringan menerusi sepakan percuma sebelum meraikan jaringan ke-100 bersama Portugal.

Portugal mengawal permainan sepenuhnya tetapi jaringan kedua yang turut terhasil menerusi jaringan pemenang Ballon d'Or lima kali itu memastikan tiga mata buat pasukan.

Fernandes yang turut beraksi bersama Manchester United berkata, "Kami mengetahui bahawa [bersama Ronaldo] ia lebih mudah untuk mendapatkan gol.

"Dia sentiasa dapat menghidu jaringan dan mampu memenangi perlawanan pada bila-bila masa.
"Itulah yang telah berlaku sebelum tamat separuh masa pertama, dalam situasi sepakan percuma. Cuma semalam telah dia telah melakukan enam atau tujuh percubaan yang sama dalam sesi latihan dan hari ini dia melakukannya dalam perlawanan.

"Ia sangat bagus untuk memiliki Cristiano. Dia memperkuatkan mana-mana pasukan."

Portugal tidak mampu menyaingi jumlah tidak mampu mengulangi keputusan yang sama ketika mengatasi Croatia minggu lalu dan Fernandes berkata lagi, "Kami berjaya mengawal permainan sebaik mungkin, kami mengetahui bagaimana untuk mengambil peluang dalam setiap situasi.

"Kami mampu menjaringkan lebih banyak gol tetapi kami sangat gembira kerana meraih kemenangan yang penting dalam mendahului saingan dalam peringkat kumpulan."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen