Cristiano Ronaldo kelihatan memberikan bayangan akan kekal semusim lagi bersama Juventus apabila dia mahu menjuarai Scudetto ketiga bersama kelab itu.

Ronaldo berhijrah ke Juve dari Real Madrid dua tahun lalu dan telah menampilkan aksi yang konsisten menjelang penghujung kariernya.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan 21 gol dalam saingan Serie A bagi musim 2018-19, sebelum memperbaiki bilangan tersebut dengan 10 lagi jaringan tambahan ketika Juve menjuarai Serie A buat kali kesembilan berturut-turut.

Selepas terdapat spekulasi sejak beberapa bulan yang lalu yang mencadangkan Ronaldo bakal berhijrah sekali lagi, sementara hubungan antara legenda Portugal itu dan pengendali pasukan, Maurizio Sarri, dilaporkan goyah beberapa kali musim ini.



Tetapi Ronaldo memberikan bayangan dia berancang untuk kekal bagi musim 2020-21.

"Gembira di sebalik dua kejuaraan Serie A bersama Juventus!," kata Ronaldo menerusi Instagram.

"Ia kelihatan mudah tidak tidak! Tahun demi tahun dengan bakat, dedikasi dan kerja keras untuk mencapai sasaran. Mari cuba mengejar gelaran yang ketiga."

Juve mungkin boleh menamatkan penantian 24 tahun untuk kejayaan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini. Juara Eropah dua kali itu kali terakhir menjulang trofi itu pada musim 1995-96.