Ronaldo banyak meningkat selepas bergelut di Juventus -- Gomes

Oleh Nafis Abdullah 10 Jun 2020 131
Ronaldo banyak meningkat selepas bergelut di Juventus -- Gomes
Cristiano Ronaldo telah meningkat dengan banyak selepas bergelut di permulaan berdepan benteng Serie A, kata bekas penyerang Portugal, Nuno Gomes.

Ronaldo meledakkan 21 gol dalam 22 aksi liga musim ini, catatan sama yang diraih dalam 31 penampilan bagi musim 2018-19 iaitu kempen pertamanya di Itali sejak berhijrah daripada Real Madrid.

Meskipun hanya Ciro Immobile dapat menyamai rekod 42 gol dalam dua kempen sebelum ini di pentas Serie A, pemain berusia 35 tahun itu tampak bergelut tatkala dia tidak pernah gagal mencatat kurang daripada 26 gol setiap musim sewaktu sembilan tahun di Madrid.

Gomes yang pernah beraksi bersama Fiorentina di Itali, berkata: "Pada waktu ini, Serie A tidak seperti tahap biasa.

"Sebelum 2000 sehingga 2005, semua pemain terbaik berada di Itali. Kelab Itali sangat kuat dan di era 90-an, mereka memenangi kejuaraan hampir setiap musim di peringkat Eropah, begitu juga dengan pengurus yang mencapai tahap terbaik.

"Saya mengharungi kesukaran di permulaan kerana banyak ruang diberikan untuk menyerang di Portugal. Pertahanan Itali memiliki taktikal yang baik dan mampu menjalankan permintaan pengurus. Ssistem pertahanan mereka adalah bersatu ketika bertahan, bergerak sebagai satu pasukan sehingga Ronaldo bergelut ketika baru tiba. Dia sering diberikan ruang dan masa untuk berfikir sebelum itu tetpai di Itali, anda perlu pantas.

"Ronaldo memahaminya dan menyesuaikan diri sehingga meningkat. Dia melihat perlu mengubah corak permainan berbanding di Sepanyol. Jadi, dia rapat dengan kotak penalti, memikirkan untuk meledakkan gol. Dia meningkat dengan banyak."

Juve bakal menyambung saingan bola sepak pada Jumaat ini menentang AC Milan bagi aksi kedua separuh akhir Piala Itali dengan agregat 1-1.

Pendahulu Serie A itu kemudian akan menentang Bologna pada 22 Jun ini dalam aksi pertama liga sejak saingan ditangguhkan akibat wabak coronavirus.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen