Ronaldo akan jaringkan gol berdepan Manchester United -- Allegri

Oleh Penulis Jemputan 7 November 2018 241
Ronaldo akan jaringkan gol berdepan Manchester United -- Allegri
Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, yakin bintang penyerangnya, Cristiano Ronaldo, akan menjaringkan gol ketika bertemu bekas pasukan, Manchester United, dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi nanti.

Ronaldo masih belum menemui sebarang jaringan di peringkat Eropah bersama Juventus.

Dia dilayangkan kad merah sewaktu aksi pertama peringkat kumpulan ketika menentang Valencia sebelum membantu pasukannya menewaskan United, bulan lalu.

Allegri percaya Ronaldo -- yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Juara-Juara Eropah -- akan menjaringkan gol dalam pertemuan menentang United, awal pagi nanti.

"Dia akan menjaringkan gol.

"Dia tidak dapat bermain dalam dua perlawanan pertama, namun dia menghasilkan bantuan jaringan selepas itu.

"Saya yakin dia akan menjaringkan gol," kata Allegri.

Juventus kini mengekalkan rekod kemenanngan dalam saingan Kumpulan H dan akan memastikan kemaraan ke pusingan kalah mati andai berjaya mengelakkan kekalahan sewaktu bertemu United.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen