Ejen, Roberto de Assis Moreira, berkata Ronaldinho sedang mempertimbangkan tiga tawaran untuk kembali ke dunia bola sepak.

Pemenang Pemain Terbaik Dunia FIFA dua kali itu dilihat mahu kembali beraksi selepas meninggalkan Fluminense pada 29 September 2015.

Pemain berusia 36 tahun itu tidak pernah bersara secara rasmi daripada bola sepak dan telah membuat penampilan dalam perlawanan amal pada 12 Oktober.

Ejen serta abang kepada bekas pemain Barcelona itu memberikan petanda bahawa Ronaldinho semakin hampir menyertai kelab untuk kembali beraksi.

"Kami memiliki tiga tawaran dan masih mempertimbangkannya," kata Roberto.

"Ronaldinho akan membuat keputusan dan dia tahu apa yang harus dilakukan. Kami tidak berada di dalam keadaan tergesa-gesa.

"Dia amat gembira kerana terlibat dalam acara amal dan menjelajah ke serata dunia."