Legenda Brazil, Ronaldinho, mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo yang memenangi Anugerah Ballon d'Or selepas bintang Real Madrid itu meraih gelaran tersebut buat kali keempat.

Sejak 2008, persaingan merebut anuegerah ini melibatkan dua pemain terbaik di dunia, iaitu Ronaldo dan Lionel Messi.

Kali ini, bintang kelahiran Portugal itu memenanginya di atas kejayaan musim 2015-16 bersama kelab dan negara.

Ia mengulangi kejayaan 2013 bersama Real Madrid bagi menjulang takhta Liga Juara-Juara (UCL) serta menamatkan kemarau kejuaraan utama bersama skuad kebangsaan memenangi Euro 2016.

Pemain terbaik dunia dua kali, Ronaldinho, menggunakan laman sosial untuk memberikan pujian kepada pemain berusia 31 tahun itu.

" "Tahniah Cristiano, anda berhak memenanginya," kata bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu melalui akaun Twitternya.

"Pencapaian yang sangat baik bersama kelab dan pasukan kebangsaan merupakan nadi kejayaan anda!"

Ronaldo menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan untuk Real musim lalu manakala tiga gol dalam Kejohanan Eropah di Perancis.

Musim ini, Ronaldo telah menjaringkan 10 gol untuk membantu Real berada di persada LaLiga.