Sergio Romero menunjukkan rasa hormatnya terhadap kontrak bersama Manchester United walaupun hanya melakukan tujuh penampilan liga dalam tempoh tiga tahun apabila memberi bayangan bakal melanjutkan kontrak baru.

Penjaga gol Argentina itu sedang pulih daripada kecederaan lutut dan dia mengambil peluang itu untuk mengesahkan masa depannya dalam aksi domestik.

Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak pada Julai 2017 untuk mengekalkannya bersama United sehingga 2021 tetapi memberitahu TyC Sports bahawa Jose Mourinho mahukannya lebih lama bersama pasukan.

"Setakat ini, saya masih kekal bersama Manchester United. Mourinho berusaha keras untuk mengekalkan saya dan saya tidak boleh bersikap lepas tangan," katanya.

"Jika United mahu menjual saya dan menerima tawaran yang memberikan kebaikan buat pasukan, mereka akan melakukannya tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku."

Romero disingkirkan daripada skuad Argentina akibat kecederaan tetapi dipanggil semula untuk posisi penjaga gol bersama pemain Chelsea, Willy Caballero, dan Franco Armani dari River Plate. Dia memberi jaminan kepada pengurus, Jorge Sampaoli, bahawa dia akan kembali sebelum berakhir peringkat kumpulan.

"Saya telah bercakap dengan Sampaoli dan menjelaskan situasi sebenar serta tempoh pemulihan.

"Saya meyakinkannya bahawa tiada bahagian yang patah dan akan pulih dalam masa 10 hari."