Roma turunkan pemain tidak sah, Verona menang percuma 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 September 2020 892
Roma turunkan pemain tidak sah, Verona menang percuma 
Roma diberi kekalahan 0-3 kerana menurunkan pemain yang tidak sah ketika menentang Hellas Verona dalam perlawanan pembukaan Serie A, hujung minggu lalu. 

Lega Serie A hari ini mengumumkan bahawa Roma telah menurunkan pemain lebih umur 22 tahun itu yang belum didaftarkan dalam senarai 25 pemain skuad terbabit. 

Menurut laporan, terdapat kesilapan teknikal terhadap pendaftaran Amadou Diawara yang berusia 23 tahun pada Julai lalu. 

Perlawanan di Marc'Antonio Bentegodi itu berakhir tanpa gol, sehubungan itu satu mata yang dipungut kelab ibu kota Itali tersebut ditarik balik manakala tuan rumah dikurniakan mata penuh. 

Dalam masa sama, pengurus Verona, Ivan Juric, didenda €5,000 (RM24,203) berikutan memberikan arahan kepada pasukannya dari tempat duduk di sebalik menjalani hukuman penggantungan. 


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen