Rodrygo tidak mahu jadi pengganti Neymar

Oleh Ammar Hakim 13 Oktober 2020 1002
Rodrygo tidak mahu jadi pengganti Neymar
Pemain muda sensasi Brazil, Rodrygo, berkata dia tidak mahu menjadi pengganti Neymar ketika dia membincangkan perbandingan dengan bintang Selecao itu.

Rodrygo adalah salah satu pemain muda yang paling menarik dalam bola sepak berikutan aksi cemerlang yang dipamerkan untuk juara LaLiga, Real Madrid.

Pemain sayap berusia 19 tahun itu  berhijrah dengan yuran perpindahan bernilai EURO45 juta dari Santos ke Real pada 2019 telah memikul beban selepas dibandingkan oleh penyerang Paris Saint-Germain, Neymar dan Robinho, yang kedua-duanya muncul daripada kelab Brazil itu.

Tetapi Rodrygo tidak selesa dengan perbandingan itu dan berkata, "Sejak awal karier saya di Santos, mereka sudah mula membandingkan saya dan melihat sebagai pengganti Neymar dan Robinho.
 


"Saya sentiasa berkata bahawa saya mahu menjadi Rodrygo dan mencipta kisah saya sendiri, Robinho dan Neymar adalah idola buat Santos dan semua tempat di mana mereka bermain. Saya baru sahaja bermula dan saya berasakan hanya ada satu Neymar."

Rodrygo -- yang telah meraih tiga penampilan dalam skuad kebangsaan -- hadir sebagai pemain gantian ketika Brazil menang 5-0 ke atas Bolivia di Sao Paulo.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen