Rodriguez terlepas aksi hadapi Leipzig

Oleh Penulis Jemputan 25 Oktober 2017 220
Rodriguez terlepas aksi hadapi Leipzig
Bayern Munich mengesahkan bahawa James Rodriguez akan terlepas perlawanan menentang RB Leipzig dalam DFB-Pokal, awal pagi esok akibat kecederaan belakang.

Pemain antarabangsa Colombia berkenaan tidak akan bersama skuad dalam kunjungan ke Red Bull Arena apabila mengalami masalah itu.

Perkembangan itu memberi satu lagi tamparan kepada ketua jurulatih, Jupp Heynckes, apabila pasukannya ditimpa beberapa kecederaan sejak kebelakangan ini.

Thomas Muller berdepan rehat tiga minggu dengan masalah paha, Franck Ribery dan Manuel Neuer mengalami kecederaan jangka panjang kerana masing-masing ditimpa masalah lutut dan kaki, sementara Juan Bernat masih belum dapat beraksi musim ini.

Kingsley Coman boleh memulakan perlawanan di Leipzig jika dia pulih daripada kecederaan lutut manakala Mats Hummels (pergelangan kaki) dijangka cergas dan Javi Martinez juga mungkin kembali beraksi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen