Rodriguez bebas daripada kecederaan

Oleh Penulis Jemputan 30 November 2017 110
Rodriguez bebas daripada kecederaan
James Rodriguez kembali berlatih dengan Bayern Munich selepas mengalami konkusi ketika tewas kepada Borussia Monchengladbach dalam saingan Bundesliga.

Pemain kebangsaan Colombia itu dikeluarkan pada separuh masa selepas bertembung dengan pertahanan, Tony Jantschke, ketika skuad kendalian Jupp Heynckes itu tewas buat pertama kali sejak mengambil alih tugas Carlo Ancelotti.

Bercakap selepas perlawanan, Heynckes mengakui Rodriguez "tidak tahu jaringan pada babak pertama" dengan Bayern, kemudian mengesahkan keadaan Rodriguez perlu dipantau dan tidak dapat berlatih untuk beberapa hari.

Pemain berusia 26 tahun itu kini telah pulih dan kelab mengesahkan dia mengambil bahagian dalam sesi latihan bersama-sama Franck Ribery, yang kembali pulih daripada kecederaan lutut dan Rafinha (buku lali).

Pendahulu liga itu berharap untuk kembali melakar kemenangan ketika menerima kunjungan Hannover ke Allianz Arena, Sabtu ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen