Mahkamah di Milan menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas bekas penyerang Brazil, Robinho, atas kesalahan melakukan serangan seksual, lapor agensi berita Itali, ANSA.

Keputusan itu dibuat selepas Robinho didapati bersalah dalam satu serangan seksual melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun bersama lima lagi pemuda lain tatkala mereka berada di sebuah kelab malam Milanese pada 22 Januari 2013, ketika pemain berusia 33 tahun itu beraksi untuk AC Milan dalam Serie A.

Ejen dan peguamnya, Marisa Alija Ramos, melalui laman sosial Instagram miliknya menunjukkan Robinho menafikan tuduhan terhadapnya selepas mengaku tidak bersalah bagi pihak bekas pemain Manchester City itu, yang menyaksikan Robinho tidak hadir ke sesi pendengaran di utara Itali.

"Berhubung tuduhan yang berlaku ke atas Robinho, kejadian itu dikatakan berlaku beberapa tahun lalu," kata Ramos dan kiriman itu turut dikongsi oleh Instagram milik Robinho.

"Saya menjelaskan bahawa klien saya telah pun mempertahankan haknya dan menegaskan dirinya tidak terlibat dengan insiden itu.

"Segala prosedur telah dilakukan sebagai tindak balas terhadap keputusan ini," ujarnya.

Kes itu dilihat mungkin menjadi satu proses undang-undang yang panjang di Itali.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung turut mengemukakan cara untuk mendapatkan bantuan undang-undang buat Robinho dan selagi kes tersebut tidak sampai ke Mahkamah Agung di Itali, keputusan tidak bersalah diberikan.

Robinho, yang pernah beraksi untuk Real Madrid, kini bermain mewakili pasukan tanah kelahirannya, Atletico Mineiro, dan telah melakukan 100 penampilan bersama Brazil serta mencatat 28 jaringan.