Arjen Robben yakin Belanda akan melakar keputusan positif berdepan Luxembourg jika setiap pemain turun beraksi dengan sikap yang betul di samping menegaskan mereka harus memburu gol yang banyak.

Skuad kendalian Danny Blind kini menghuni tangga ketiga Kumpulan A dengan empat mata daripada tiga perlawanan.

Mereka tidak harus kehilangan mata berharga berdepan Luxembourg dan Robben yakin tiga mata berada dalam genggaman Belanda.

"Kami perlu menang dalam perlawanan ini, itu sahaja keutamaan kami ketika ini," Robben memberitahu ANP.

"Sudah tentu, kami perlu menghormati pihak lawan tetapi janganlah terlalu mengharapkan Luxembourg akan memberi tentangan yang hebat.

"Ini mungkin dianggap pelik tetapi kami tidak akan berpuas hati jika menang dengan keputusan 1-0 atau 2-0.

"Kami tidak seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk bernafas dalam perlawnaan itu. Jika kami mampu melakukannya, kami akan meraih kemenangan besar."