Robben pernah terfikir mahu kembali beraksi

Oleh Ammar Hakim 27 April 2020 257
Robben pernah terfikir mahu kembali beraksi
Bekas pemain sayap Bayern Munich dan Belanda, Arjen Robben, mengakui pernah hadir keinginan untuk kembali beraksi.

Robben menamatkan kariernya pada penghujung musim lalu selepas 10 tahun beraksi bersama Bayern.

Dalam tempoh tersebut, dia telah memenangi lapan gelaran Bundesliga, lima Piala DFB dan satu gelaran Liga Juara-Juara (UCL).

Robben mengalami masalah kecederaan sejak beberapa tahun terakhir di Allianz Arena namun terdapat potensi untuk menyaksikan dirinya kembali ke Eredivisie -– tetapi mengambil keputusan untuk mengumumkan persaraannya Julai lalu selepas dilepaskan oleh Bayern.

He came, he cut inside, he conquered.

Thanks for the memories and enjoy your retirement, @ArjenRobben 😢#MiaSanMia pic.twitter.com/NmuzRBqkA0
— FC Bayern English (@FCBayernEN) July 4, 2019

Dan ketika pemain berusia 36 tahun itu mendedahkan idea untuk kembali beraksi yang pernah terlintas di fikirannya, secara realistiknya bukanlah keputusan yang mahu dilakukan Robben.

"Pada mulanya, saya langsung tidak merindui bola sepak, tetapi terdapat bisikan dalam diri saya, 'Mungkin saya boleh sekal lagi bermain'," katanya.

"Perasaan itu hadir dari masa ke semasa. Dengan situasi yang dihadapi ketika ini [koronavirus], semua orang mahu menyaksikan perlawanan bola sepak atau kembali beraksi."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen