Arjen Robben telah dipanggil semula oleh Belanda menjelang aksi persahabatan berdepan Belgium dan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Luxembourg.

Pemain sayap Bayern Munich itu telah membuat 88 penampilan bersama The Oranje, beraksi dalam enam kejohanan besar sejak membuat penampilan pertama pada tahun 2003.

Bagaimanapun, ekoran sering bergelut dengan kecederaan, kali terakhir Robben membuat penampilan adalah pada November tahun lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu telah menyumbang tiga gol dalam enam penampilan bersama Bayern musim ini dan pengendali Belanda, Danny Blind, melihat pemain itu mampu membantu dalam memperbaiki kedudukan mereka yang kini menghuni tempat ketiga Kumpulan A kelayakan Piala Dunia.

Stijn Schaars turut kembali memperkuatkan pasukan tatkala The Dutch kini ketinggalan di belakang Perancis dan Sweden dengan tiga mata selepas tiga perlawanan.

Senarai pemain Belanda:

Penjaga gol
Maarten Stekelenburg (Everton), Michel Vorm (Tottenham)

Pertahanan
Daley Blind (Manchester United), Jeffrey Bruma (Wolfsburg), Virgil van Dijk (Southampton), Rick Karsdorp (Feyenoord), Terence Kongolo (Feyenoord), Joel Veltman (Ajax), Jetro Willems (PSV)

Pemain tengah
Jordy Clasie (Southampton), Davy Klaassen (Ajax), Davy Propper (PSV), Bart Ramselaar (PSV), Stijn Schaars (Heerenveen), Wesley Sneijder (Galatasaray), Tonny Vilhena (Feyenoord), Georginio Wijnaldum (Liverpool)

Penyerang
Memphis Depay (Manchester United), Bas Dost (Sporting), Vincent Janssen (Tottenham), Luuk de Jong (PSV), Arjen Robben (Bayern Munich)