Robben: Bayern perlu lebih konsisten

Oleh Staff Writer 19 November 2018 67
Robben: Bayern perlu lebih konsisten
Bayern Munich mungkin telah memenangi enam gelaran Bundesliga tetapi Arjen Robben berkata mereka memerlukan persembahan lebih konsisten untuk meneruskan rekod cemerlang bagi musim ini.

Sejak 2012, Bayern mendominasi bola sepak Jerman dan menjelang musim 2018-19, mereka berada di landasan terbaik untuk meneruskan momentum itu.

Kehadiran Niko Kovac selaku ketua jurulatih telah gagal mencapai jangkaan yang ditetapkan dan Bayern kini ketinggalan tujuh mata kepada pendahulu liga, Borussia Dortmund, selepas 11 perlawanan.

Kekalahan 3-2 kepada Dortmund sebelum saingan perlawanan antarabangsa menyaksikan Bayern kini menghuni tangga kelima dan Robben berasakan The Bavarians tidak seharusnya berada dalam perbualan untuk menjuarai liga musim ini.

"Kami tidak dibenarkan berbincang mengenai takhta liga kerana kami masih belum berada pada tahap terbaik," kata Robben.

Kovac kini berada dalam keadaan tertekan untuk mencipta kejayaan bersama Bayern, namun Robben memuji usaha yang dipamerkan oleh bekas pengendali Eintracht Frankfurt itu.

"Beliau telah bekerja keras sejak mengambil alih pasukan tetapi menyedari ia bukan satu tugas yang mudah."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen