Ribery, Muller beri petanda baik buat Bayern

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2017 103
Ribery, Muller beri petanda baik buat Bayern
Franck Ribery kembali menjalani latihan selepas berehat selama dua bulan kerana mengalami kecederaan lutut manakala rakan sepasukannya, Thomas Muller, turut dalam proses untuk kembali cergas selepas diketepikan dengan masalah otot.

Kehadiran semula gandingan ini tiba tepat pada masanya buat juara Bundesliga itu untuk kembali bangkit apabila kehilangan dua mata apabila tewas 2-1 kepada Borussia Monchengladbach. Ribery dan Muller berkemungkinan menyertai kesebelasan utama untuk perlawanan berdepan Hannover manakala Rafinha juga menjalani latihan selepas pulih daripada kecederaan buku lali.

Bek kiri, David Alaba, belum dapat diturunkan lagi kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan belakang.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen