Marco Reus teruja untuk menyaksikan Jadon Sancho kekal di Borussia Dortmund untuk 'setahun lagi', dengan Manchester United kelihatan bakal berduka cita dalam usaha mendapatkan penyerang England itu.

Minat United untuk mendapatkan khidmat Sancho di Old Trafford bukan sesuatu yang dirahsiakan, tetapi Dortmund kekal dengan pendirian enggan menjualnya di bawah yuran perpindahan yang bernilai €120 juta.

Sancho masih lagi memiliki kontrak sehingga 2023 dan Reus gembira untuk bergandingan dengan bekas pemain muda Manchester City itu di Signal Iduna Park.

"Ia adalah baik untuk kami. Kami sungguh teruja untuk menyaksikan dia kekal semusim lagi," kata kapten Dortmund, Reus. "Kerana dia sentiasa menghasilkan jaringan dan assist untuk pasukan."

"Dia seorang pemain penting kepada pasukan dan satu hari nanti mampu menjadi pemain Cristiano (Ronaldo) dan Leo (Messi).

"Dia perlukan masa, pengalaman dan bakal menempuhi tempoh yang sukar.

"Tetapi dia memiliki keyakinan untuk menjadi seorang pemain yang berjaya."