Borussia Dortmund mahu menggunakan kesempatan sebaik mungkin dengan kehadiran semula kapten pasukan, Marco Reus, untuk aksi berdepan Schalke tetapi Marcel Schmelzer dan Paco Alcacer masih tidak dapat diturunkan.

Reus tidak beraksi ketika Dortmund tewas kepada Inter dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kerana masalah kesihatan sementara kecederaan pinggul dan betis memaksa Schmelzer dan Alcacer turut diketepikan.

Bagaimanapun, pengurus Dortmund, Lucien Favre, mendedahkan Reus akan diturunkan ketika berdepan Schalke.

"Kami perlu menunggu tetapi Reus sudah kembali ke tahap terbaik dan bakal beraksi berdepan Schalke," katanya.

"Kehadiran semulanya sangat penting. Apabila kami beraksi 4-2-3-1, Reus sangat penting. Dia telah membuktikannya sejak beberapa bulan lalu.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa pemain yang menghadapi masalah kesihatan, jadi kami perlu menantikan keputusan pegawai kesihatan pasukan. Schmelzer dan Alcacer sudah pasti diketepikan," ujarnya.

Tekanan mula meningkat buat Favre selepas Dortmund mula dikaitkan dengan Jose Mourinho tetapi jurulatih BVB itu enggan tergugat dengan spekulasi berkenaan.

"Kami menghadapi tekanan sebelum setiap perlawanan. Ini merupakan perlawanan yang penting."